Thursday, 18 December 2014

Kepulangannya Menginsafkan Diri

Semalam, seorang insan yang bergelar anak tahfiz pulang ke rumah..
Dialah adik sulungku, Mohammad Ihsan Anaqi.
Setelah berhari lamanya kami sekeluarga menunggu, akhirnya semalam petang dia dibenarkan pulang untuk bercuti selama 2 minggu..

Kehadirannya kali ini sangat lain pada diriku.. dia seakan membawa suatu sinaran keinsafan kepada diriku untuk menjadi lebih matang dan bersikap kedewasaan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Ilahi.. Walaupun jarak umurnya dengan diriku adalah 4 tahun.. Sungguh, aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana menganugerahkan seorang adik seperti dia..

Ya Allah,
Sungguh sukar untuk aku mengatakan bahawa aku sangat sedih melihat keadaan diriku..
Sungguh, aku sangat sedih, Ya Rabb..
Mehnah di dunia-Mu ini sangat besar.. Aku tidak menafikan hal ini..
Kemewahan dunia membuatkan aku kian alpa untuk beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada-Mu..

Ya Allah,
Engkau bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu..
Engkau bantulah aku untuk sentiasa beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada-Mu..
Engkau bantulah aku untuk sentiasa mencintai-Mu..
Semoga aku tergolong dalam pilihan-Mu yang Engkau kasihi, Ya Allah..
Amiin ya Rabbul 'Izzati..

#hamba_yang_lemah



No comments:

Post a Comment