Friday, 2 January 2015

Speechless :'

#Friends book of 2014!

1. my name in your phone...
2. relation between you and me..
3. any name you would liketo call me..
4. what will be your reaction when you will find out that i'm dead..
5. the thing you like most in my face..
6. one thing that you love the most about me..
7. if you got a chance to ask me something about my personal life..
8. your first reaction on my first look..
9. how long you want me in your life..
10. song wanna dedicate me..



from DAYA ZAINAL..
     
1. Ummu athirahWS
2. girlfriend
3. ummu, ummu athi, ummu athirah
4. Allahu.. speechless
5. your eyes
6. annoying
7. hurm, how much do you care about me???
8. wow!
9. selagi Allah izinkan
10. istikharah cinta



from MARAHAINI NABILAH..

1. ummu
2. dorm mate, kawan yang dapat menegur saye
3. ummu, x de yang lain daa.. ohh haa ingat! SAYANG.. hee
4. of course sedih, sebab dah x bole dengar ummu bace quran.. and saye akan sedekahkan al-Fatihah
5. senyuman
6. dengar ummu ngaji
7. i want to ask you.. secara jujurnye, ape pendapat ummu tntg kite??
8. emm, ta ingat..
9. in whole of my life
10. hari ini kau datang riang, tersenyum buat ku senang, kau lihat diriku membuat hati bertambah sayang.. tapi wajahmu semalam suram, mengapa dewi mengapa...
cube try nyanyi dan ummu akan tahu lagu ape



from ZATI ZAKARIA, my junior actually..

1. kak ummu
2. unbiological sister ever after
3. ummi
4. i'll cry, i'll be sad, as i want
5. ermm, your eyes
6. ur hobby, reading Quran :)
7. ur future husband would be like?? his characteristic??
8. ek ehh.. hyyee!!
9. foreverrhh!!
10. azhael- hujung waktu


p/s : although, my family is the first than friends
btw thanks to Allah coz given me your ni'mah friendship..
semua di dunia ini adalah sementara.. but.. ticket 4 enter JANNAH ALLAH is our 'amal fi ddunya!!!
gunakan sebaiknya ke jalan yg diredhai ALLAH.. <3 <3

Sunday, 21 December 2014

Syukran Semua :')

Di luar sana, hujan turun dengan renyainya.. Namun, sangat menghibakan hati yang sentiasa mengharapkan maghfirah Ilahi.. Pada pagi Isnin, hari kelahiran Rasulullah s.a.w., rahmat Allah turun melalui rebahnya hujan yang menyejukkan bumi di mana makhluk Allah berpijak...

Semalam..........
Tanggal 21 Disember 1997.. tarikh kelahiranku..
telah banyak ku terima doa dan "wishes" daripada insan yang berada di sekelilingku.. terharu sangat rasanya... insan-insan itulah yang telah banyak mengajarku erti kekuatan, kesabaran, kasih sayang n segalanya... tidak terungkap olehku sebutir kata melainkan "syukran jiddan" kepada mereka.. hanya Allah yang mampu membalasnya.. 

Namun, aku tetap mengingatkan diri.. semakin sampai kita dengan tarikh lahir kita, usia kita pun semakin menginjak, lantas kita terus hampir dengan kematian yang akan dirasai oleh setiap makhluk Allah..menantilah kita untuk dipertimbangkan amalan kita kelak di alam Baqa' kelak..

#syukran4_wishes_<3
#usrati_sakinah... insya-Allah
#sahabat_ABIKQU
#sahabat_liMAsekawan
#myrafiki_sitifatimah_azzahra
#senior_ana_k.izyani
#sahabat_fROGGy.. mungkin, haha..
#sahabat_reVOlusi 27
#junior_ana_nuramanina_n_syaraafifah
#ustazah_ana_dewifickry


biarpun tiada hadiah yang mengiringiku.. ana tetap terharu dengan wishes antum semua!!!!!
bagi ana, ucapan n doa yang ikhlas buat diriku lebih bermakna dan dilihat Allah s.w.t. daripada hadiah dunia yang tidak akan kekal hingga ke alam lain yang sedang menanti ana.. 

SYUKRAN SEMUA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
<3 <3 <3 :')


Friday, 19 December 2014

Sakit itu rahmat ^ ^

Kadang-kadang kita terfikir..
"Kenapalah aku ni asyik sakit je??"

Dalam ungkapan itu, kita telah lupa bahawa Allah yang mengaturkan segala-galanya untuk kita, sebagai hamba...

Mungkin semasa kita sihat dahulu, kita tidak bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan Allah Ta'ala..
Mungkin juga semasa kita sihat dahulu, kita melupakan Allah s.w.t..
Namun, Allah Maha Pengasih & Dia tidak mahu kita terus hanyut dengan dosa lalu Dia turunkan peringatan ini, yakni sakit..

Jadi, tidakkah peringatan itu juga adalah rahmat??
Itulah perkara yang sering manusia lupa bahawa sakit itu datangnya daripada Allah 'azza wajalla..
Allah memerintahkan malaikat untuk memberikan ujian kepada hamb-Nya seperti sakit sebagai penghapus segala dosa yang lalu..
Allah rindu untuk mendengar hamba-Nya merintih kepada-Nya.
Percayalah!! Allah sayang kita!!!!

#Allah_sayang_kita_<3 <3

Thursday, 18 December 2014

Kepulangannya Menginsafkan Diri

Semalam, seorang insan yang bergelar anak tahfiz pulang ke rumah..
Dialah adik sulungku, Mohammad Ihsan Anaqi.
Setelah berhari lamanya kami sekeluarga menunggu, akhirnya semalam petang dia dibenarkan pulang untuk bercuti selama 2 minggu..

Kehadirannya kali ini sangat lain pada diriku.. dia seakan membawa suatu sinaran keinsafan kepada diriku untuk menjadi lebih matang dan bersikap kedewasaan dalam menjalani kehidupan sebagai seorang hamba Ilahi.. Walaupun jarak umurnya dengan diriku adalah 4 tahun.. Sungguh, aku sangat bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana menganugerahkan seorang adik seperti dia..

Ya Allah,
Sungguh sukar untuk aku mengatakan bahawa aku sangat sedih melihat keadaan diriku..
Sungguh, aku sangat sedih, Ya Rabb..
Mehnah di dunia-Mu ini sangat besar.. Aku tidak menafikan hal ini..
Kemewahan dunia membuatkan aku kian alpa untuk beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada-Mu..

Ya Allah,
Engkau bantulah aku untuk sentiasa mengingati-Mu..
Engkau bantulah aku untuk sentiasa beristiqamah dalam melaksanakan ibadah kepada-Mu..
Engkau bantulah aku untuk sentiasa mencintai-Mu..
Semoga aku tergolong dalam pilihan-Mu yang Engkau kasihi, Ya Allah..
Amiin ya Rabbul 'Izzati..

#hamba_yang_lemah